Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri!!!!

Sepatutnya aku post ni seblm raya, tapi tenet prob. So, aku post hari ni la...

Hari ni last day aku berbuka puasa dengan family aku. esok lepas zohor, aku, hb n baihaqi akan bertolak ke kuala kangsar. huhuhu...sedih tinggal kan mak. menu berbuka hari ni ialah popia, murtabak dan nasi. hari ni hb ajak aku pegi jitra. beli kasut raya si kecik n baju raya aku. mula2 memang tak plan pun nak beli baju raya, tapi hb kesiankan aku kot. hehehe...jadi dia beli gak la. walau pun harga baju murah jer, aku tetap heppi. ye la, pemberian dari suami kan...sape yang tak suka. kasut untuk si kecik plak kami beli 2 pasang. heppi si kecik tu, sibuk usung kasut dia ke hulu ke hilir. semalam dia cewi sebab ayah dia beli songkok. asik buang, pakai jer. terhibur kami sekeluarga tengok gelagat dia. mak aku mesti rasa sunyi giler bila kami balik kuala esok. mana tak nya, si kecik tu hari2 sibuk di dapur time masak dan time berbuka. walau penat layan dia, tapi besttt....waktu kat jitra tadi, kami singgah pasar malam beli daun palas. 1 ikat harga RM4. pendek2 daun tu. mak nak buat ketupat esok pagi untuk kami bawa ke kuala. thank you mak...muahhh!!!! susah-susah jer dok kalut nak bagi bekal. kami tak kisah pun kalau takde bekal.

Mak dah seminggu dah tido kat rumah kawan dia kat tanah merah sebab dekat dengan masjid. tiap-tiap malam diorang g qiamullail kat masjid tanah merah. sahur pun kat situ gak. aku kagum dengan mak, dia sanggup naik motor sorang2 awal2 pagi kalau dia nak g masjid sembahyang subuh. dulu, waktu arwah ayah ada, memang diorang rajin ke masjid untuk sembahyang subuh, maghrib dan isyak. hari jumaat pulak, diorang berdua ngaji agama. kuliah2 agama memang kerap la dioarang pegi. tapi sejak ayah dah takde, mak memang lonely. takde teman nak ke masjid dan kuliah agama. mak dah takde tempat nak merujuk hukum hakam agama. bila baca kitab, mak tak boleh nak tanya ayah macam2...kehilangan ayah merupakan satu kerugian dan kehilangan besar buat aku dan keluarga aku. aku memang simpati dekat mak. kesian mak...

Rindu ayah...

Pagi tadi lepas subuh, aku drive keter dengan Cik Ah menuju ke Derang; ziarah kubur arwah ayah. Aku dan Cik Ah hadiahkan bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah..Allah saja yang tahu betapa dalam rindu aku pada dia. Kalau aku duduk sorang-sorang, aku kerap terfikir kan ayah terutama time2 lepas solat. Setiap kali aku teringatkan arwah, hati aku jadi pilu sangat, rindu....rindu yang teramat dalam. Kadang-kadang menitis gak air mata.

Aku sebenarnya tak puas bermanja dengan arwah ayah. Bila aku rindu, badan dan hati aku jadi lemah, rasa tak berdaya nak buat apa pun. Sebab tu, aku tak boleh fikir lama pasal arwah. Semangat aku serasa terbang melayang...hilanggg....dia ayah yang terhebat, anugerah Allah untuk kami sekeluarga. Dia mendidik kami cukup sempurna dari segi semua aspek, agama, akademik, sosial etc. Dia ajar kami berjemaah, dia ajar kami baca al-Quran, dia jadikan dirinya contoh teladan terbaik buat aku dan keluarga aku. Kehilangan arwah menemui Ilahi memang tidak akan ada gantinya...Ayah... aku sayannnggggggg sangat kat ayah...aku rinduuuuuuuu sangat kat ayah. Kalau lah kita boleh berjumpa lagi, aku lah manusia yang paling bahagia di atas muka bumi ni...Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan dimasukkan bersama golongan para solihin, para syuhada dan para anbiya.... Al-Fatihah...


Ni gambar si kecik chewi dapat songkok... huhuhu...



Untuk muslimin dan muslimat,

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 18, 2008

cikgu oh cikgu.....

Hari ni tetiba jer aku rasa rajin nak update blog nih. Walaupun sebenarnya aku tak tau nak tulis apa, aku nak update gak. Hari khamis aku kena ngajar 6 waktu. huhuhu...penat wei bulan2 posa ni. bukan apa, kalau pensyarah tu tak pe lagik, sebab cakap pakai mikrofon. then ngajar budak2 besar, tak yah nak jerit2 utk bagi budak2 pay attention. cikgu....kes haru sebab suara kena super duper power. kena makan power root nih! bukan mudah nak bagi budak2 pay attention. diorang suka sembang, n wat menda lain especially bila ngajar subjek computer.

bab kejer rumah plak, tok sah cakap la. kalau 1 kelas tu 40 budak, nak dapat separuh siapkan kejer n hantar kat kita pun seksa. Aku dah tak larat membebel dah. haruuuu!!! budak2 sekarang tak heran kat cikgu. no respect at all! aku ngamuk sakan kelas matematik hari isnin lepas. memang waktu tu aku marah giler sebab 9 orang je budak yg siapkan homework. yang lain tu sumer...ermmm.tak tau la aku nak cakap. kejer dah la sikit jer aku bagi. pun tak siap. ada yg tak bawa buku. huh...tinggal kat rumah suruh nenek diorang baca kot! tengah aku marah tu, ada la pulak sorang budak ni, of course boy dok ngajuk aku. apa lagi, aku kata kat budak tu, "awak memang biadap dan kurang ajar. tak belajar budi bahasa ke? awak tak respect cikgu awak langsung!!" suara aku waktu tu memang tinggi habis. aku rasa muka aku pun dah merah padam; tahan marah. kalau la budak tu anak aku ke, adik aku ke, memang dia dah makan penampar aku. cara dia tu sangat biadap.

patut la cikgu cepat dapat darah tinggi n jantung. asyik marah2 jer. macam mana tak marah? takkan nak biar diorang tu tak buat kejer. aku tak reti nak tengok saja. takkan tak tegur bila diorang berperangai buruk. kan tugas guru tu mengajar, mendidik dan membimbing. phewwww!!! memang tugas guru ni begitu berat dan mencabar. bila aku dah masuk dalam profesion ni baru aku tau dan faham naper guru selalu fight untuk mintak itu ini. kalau compare dengan pegawai kerajaan lain, dari segi fasiliti, cikgu lah yg paling kesian. aku kan dulu keje pegawai kerajaan gak. so, memang terasa sangat kekurangan fasiliti nih. kesian cikgu.... tempat duduk kat sekolah pun kongsi2 meja jer, bilik guru takde aircond...sedangkan pegawai kerajaan lain bergred 41 gak duduk dalam bilik sorang2, ada aircond, telefon, computer, printer, transport jabatan.....cikgu apa pun takde. even aku nak fotostat nota budak pun, boleh orang kat pejabat tu mintak duit. saborrrrr je la....


jadi, aku memang tak pelik bila NUTP mintak macam2 utk cikgu... bukan bermakna cikgu ni demand. tapi, ye la kemudahan tu penting untuk keselesaan cikgu nak buat kerja. aku dulu pun kata cikgu ngada2 mintak itu ini. tapi, bila aku dah jadi cikgu, baru aku faham situasi sebenar macam mana. perittttt!!!!
hehehe...rupa-rupanya aku nak update blog hari ni utk luahan rasa hati...

aku suka gambar ni. tapi sayang...kaburrrrrr....


mak aku n baihaqi kat rumah aku di kepong

Wednesday, September 17, 2008

Selamat berpuasa!!!

Hari ni dah genap 17 hari dah kita puasa. aku baru nak wish... hehehe...lagi pun hari ni nuzul quran. memang hari istimewa umat islam. aku puasa kat kedah tahun ni. seronok puasa kat sini sebab mak suka masak. tiap2 hari ada jer menda yang mak masak. sedap2 plak tu.... dari awal puasa, mak dah buat lompang, karipap, cucur udang, cucur badak, tepung bungkus, kuih bom, cucur kacang, cendol, pulut udang, gado2, eiiiii....macam2 lagi la. sukanya haku....sejak kawen ni, aku rasa ni lah peluang keemasan seumur hidup aku yang takkan berulang lagi. ye la, pas ni aku akan bersama hb jer. mana ada lagi peluang nak puasa sampai sebulan dengan mak aku kan? pagi2 mak dah masak sahur. teruk la aku ni...sebab aku tak tolong mak prepare sahur pun. aku bangun makan jer.... nasib baik mak sendiri, kalau mak mertua habis aku!!


Citer si kecil


baihaqi plak sekarang ni suka tido lewat. adoiiii laaa....kengkadang bila aku penat sangat, memang terasa betul2 uji kesabaran haku yang sikit ni. huhuhu.... bayangkan malam2 bulan posa ni dia boleh tidor pukul 1-2 pagi. macam mana la aku nak bangun awal masak sahur. pening kepala...hari2 tak cukup tidur. baihaqi dah makin bijak. kalau dia tumpahkan air, pandai dah cari kain lap air tu. pastu, dia minat sungguh tengok Tom Tom bak kat astro ceria. siap joget2...kelakar and cumilllll gitewww.... pastu dia minat rancangan mari mengaji. pandai gak ajuk budak2 tu cakap "Yaaaaaaa Rabb!". Siap tiru gaya tangan lagi. Cute!!! Si kecik ni makin aktif. Seminit pun tak duduk diam, kecuali dia tido. Kalau time berbuka tu, mula dia kalut nak makan sama. Jenuh mak aku dok melayan dia. Pantang tengok mak tok makan apa, sibuk la nak sama. Mak aku plak, dah nama pun cucu, layan habis arrr....


Persiapan raya


Tahun ni aku raya kat kuala kangsar, kampung hb. Biasa suasana pagi raya atau malam raya kat kampung hb tak meriah. Kedah lagi meriah. Bukan sebab aku dok kedah aku cakap camtu, tapi memang hakikat dan diakui oleh ramai kawan2 aku yang bukan orang kedah, tapi kawen dgn org kedah. Kebanyakan kawan2 aku suka balik raya kat kedah sebab suasana tu lebih happening. Persiapan raya tahun ni ala kadar jer. Maklum la, aku n hb sama2 pokai tahun ni. Baju raya akau tak beli kot, hb pun sama. Cuma beli baju si kecik tu jer. Kuih pun sikit saja yang hb beli. Kami banyak nak pakai duit. Hujung tahun nak pindah rumah lagi. Mana nak cekau duit banyak2. Kena berjimat.


Sekarang ni, hb tengah monitor rumah kat sg buaya. Tambah dapur dan 1 bilik air tanpa tandas. Aku yg nak bilik air tu sebab aku tak suka berus baju sambil bertinggung tepi tong jamban. Geliiiii.... aku rasa cam baju aku basuh tak cuci... hiiiii.... Aku cakap kat hb, kalau dia tak tambah, aku tak mo basuh baju. Pakai mesin jer aku buat, kalau baju kena basuh tangan, aku suruh hb basuh. hihihihi.....Sekarang harga bahan binaan naik 40%, tambah 2 ruang kecik camtu pun dah makan kos lebih kurang RM11k. hadoiiiii....kopak poket. dah la aku hujung tahun ni takde gaji. sabau je.....tapi dah nak selesa, terpaksa la korbankan wang juga. lagi lama tangguh, lagi mahal kos bahan binaan. hopefully, pelan hujung tahun kami akan berjalan lancar....