Monday, June 9, 2008

macam2 kisah...

hari ni cam biasa aku lepak uncle john, jitra. nak siapkan assignment aku yg bertapuk2. kalau dok rumah, memang aku tak boleh nak wat kejer. si kecik tu dah pandai merap. hehehe....budak kan.. biasa la tu..

hari khamis lepas, syafiq demam lagi. pastu siap senak perut, tido menonggeng dia. kata mak aku, cacing mengamuk, tu pasal jadi camtu. jadinya, aku dan mak sama2 xleh lena. dah dia asyik meragam. bila urut2 perut tu, dia diam kejap. seolah2 selesa.... awal malam tu, aku bawa dia ke klinik belakang yawata. doktor fauzi masuk ubat sumbat. tengah malam, suhu dia tak panas sangat, tp sebab senak perut... dia tak leh lena. kesian syafiq...bergolek2 tahan sakit...

esoknya, mak suruh aku mandikan syafiq dengan daun nona + durian belanda. tujuannya untuk lemahkan cacing dalam perut. orang tua2 memang tak berapa bagi anak2 kecik makan ubat cacing sebab nanti lemah badan. aku ikut jer.... petang tu pulak, aku mandikan syafiq dengan daun jolok cacing. daun tu ambik kat rumah kak bushra, jiran sebelah. malam tu, nampak kurang skit la senak perut syafiq. tp, demam dia pulak makin panas. dah 2 malam nampak gayanya aku dan mak sama2 xlena tido... sian mak aku... takut aku kalau2 darah tinggi dia naik.

sabtu pagi, nampak syafiq dah sihat. badan pun dah berpeluh n dia dah main cam biasa. tp malam tu, kami tak boleh tido gak sebab hidung dia tersumbat, selsema....adusssss.... dugaan... kiranya 3 mlm berturut2 aku xleh tido. letih hanya Allah yang tahu.

Pagi Ahad, aku ponteng kelas Tn. Hj. Shuib sebab nak bawa syafiq g klinik, ambik ubat gatal, batuk n selsema. Pastu, lepas hantar syafiq balik, aku drive sorang g uum sebab kelas pkl 2 petang. Tp, betulla kata orang. malang memang tak berbau. sebab terlalu penat, aku boleh terlena waktu sedang drive. waktu tu dah dekat highway menuju ke uum. aku kat lorong kiri. keter aku terbabas masuk lorong sebelah kanan, dan bergeser dengan divider jalan. calar dan kemek skit keter aku. aku tersedar dari tido pun bila keter dah geser. nasib baik aku tak panik sangat. Ya Allah...kecut perut aku. Syukur... aku selamat dan tak cedera. Nasib baik jalan waktu tu kosong, takde kenderaan. Cuma aku perasan ada bas sekolah je kat belakang, tapi agak jauh la dari keter aku. Memang aku bersyukur sesangat....

Keter aku yang calar

Sampai kat UUM, aku park keter kat fakulti. Then, aku keluar and tengok keter aku. Aku call asben, nangis2. Aku say sorry sebab keter tu calar teruk sebab aku. Tapi asben tak marah pasal keter tu, dia marah aku drive sorang n dalam keadaan ngantuk. Asben cakap nasib baik takde apa2. Dia suruh aku ponteng kelas petang tu n tidor kat mana2. Nyawa lagi penting kata dia. So, aku g surau fakulti, solat zohor n tido kat surau tu sampai petang. Waktu balik, aku ajak kak nina naik keter dengan aku. takut kalau2 aku buat kesilapan yg sama, sebab aku letih sesangat. aku tak sedar time bila mata aku terpejam.... ni memang pengajaran untuk aku. lain kali, tobat dah...tak nak wat lagi....

Saturday, June 7, 2008

minyak oh minyak....

memang hampes kerajaan pimpinan pak lah n the gang. ber'hati kering' sungguh. ada ke naikkan minyak sampai 78 sen sekaligus. pas ni rakyat marhain cam kami nak makan apa? dah la gaji seciput jer... boleh tak sekali sekala ko memerintah guna akal kat kepala? bukan suruh engkau guna kepala lutut! engkau n kroni2 engkau suruh rakyat berjimat cermat, makan ubi kayu, naik basikal, then engkau mula dulu lah....kepimpinan melalui teladan... pas ni majlis2 rasmi kerajaan xyah makan mewah2 kat hotel, hidangkan jer ubi kayu rebus cicah kelapa parut. then kalau ada apa2 urusan personal atau rasmi, tak yah dok berlagak naik keter import dan mewah, naik jer keter proton saga ker, tak pun motor honda cup ok gak. tapi, kalau nak lagi berkesan suruh rakyat berjimat, engkau sendiri kayuh basikal p n balik kejer... amacam pak lah n the kroni... sanggup ker.... tengok muka engkau jer aku tau n pasti, engkau takkan sanggup punye... cakap tak serupa bikin, cakap memang la senang..


for your information pak lah, engkau tak nampak ke rakyat kat mesia ni semua dok jimat cermat. makan pun ala kadar jer. ni minyak naik, mungkin makan sehari sekali kot... tak pun makan megi hari2. engkau apa tau? engkau mewah, kaya-raya, mana rasa apa yang kami rasa. engkau makan free, rumah free, bil2 sumer free, minyak free, tol free... seolah2 sumer tu bapak engkau yg punya. suka-suki jer engkau naikkan harga minyak... engkau tak fikir ke, hidup orang susah akan makin susah pasni... lain la engkau... makin hari makin banyak reter... engkau gula2 kan orang kampung dengan kenyataan 'terpaksa'... waaaahhhh...hebat.... maka orang2 yg separti dengan engkau mengangguk sakan dan cuba utk berjimat...dah pemimpin suruh... depa bukan sengaja...huh....


kepada penyokong umno, sebab korang sume jadi camni. kalau pilihanraya lepas korang cuba tukar pemimpin, tentu tak jadi camni. kalau korang jer yg kena tanggung beban, ok la...maklum...korang kan kayoooo.... ni memang hadiah paling berharga yg pemimpin korang kasi kat kita semua....haaa....angguk lagi. pasni, kalau depa kasi najis pun, korang angguk gak lagi... eeeeiiiiii....geram aku. weiiii..pikir dengan waras la. tok sah dok ber'iman' dengan tv, radio n paper umno tu. hampa try baca harakah, banyak info yg tak keluar dalam media umno ada lam ni... ini tak, pak lah cakap apa, korang angguk sampai cecah tanah... Allah bagi akal kat korang... pikir sikit... hidup korang makin senang ke sekarang? korang tengok pemimpin korang, tengok rumah depa... tengok kereta depa... korang ada ke harta camtu...kalau ada tu, aku memang xleh nak cakap apa2 la. mungkin sebab tu korang buta. tp, bg yg xdak tu, ermmmm.... cuba2 berubah angin plak. takkan nak naik kapcai jer sepanjang zaman. try RXZ plak ke....tak boring ke... sudah2 la penyokong2 umno sekalian.... tepuk dada, tanya diri.... sampai bila nak lagu ni...


hambik korang...panjang aku membebel... tapi aku betul2 serius... tolong la pikir wahai penyokong2 umno sekalian.... demi masa depan kita dan generasi akan datang.