Dah genap setahun dah usia anak mama. aku masih terbayang-bayang, setahun yg lalu di Hospital Jitra. Aku bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat aku n hubby...contraction sejak 10 mlm sampai ke pagi...sakitnya hanya Allah yang tahu. aku juga masih terasa-rasa kesakitan yang ditanggung. patutlah Allah meletakkan syurga seorang anak di bawah tapak kaki ibunya. begitu besar pengorbanan seorang ibu mengandung dan melahirkan zuriatnya ke dunia.
syafiq baihaqi, gabungan nama yang indah. permata hati mama dan ayah. nama 'syafiq' tu aku yang cadangkan. 'baihaqi' tu mak aku yg bagi. katanya baihaqi tu seorang ulama. mana la tau, berkat nama tu, Allah izinkan anakku jadi ulama pada masa akan datang. tentulah aku orang yang paling bahagia dan bersyukur atas kurniaan tu. sekarang, syafiq dah pandai merangkak. malas jer dia tu...dia lagi suka menjulur sebab lebih laju. mulut pun dah makin banyak bercakap. kejap2 "tatata....", suka ketawa bila diagah...bahagianya aku tengok dia membesar dengan sihat. dia pun dah pandai berdiri sambil pegang, tak boleh lagi berdiri sendiri...;-)
tapi kesian jugak kat dia, tahun ni aku n hb tak buat special celebration pun untuk dia. ye la, sorang kat selangor, sorang kat kedah, ditambah plak dengan bajet yang tidak mengizinkan...aku dan hb cuma akan membeli hadiah jer untuk dia. "siaaannnn anak mama". pak ngah dan mak ngah dia hadiahkan sepasang baju sempena birthday syafiq. terima kasih kak chik n bang chik. ingat juga kat anak sedara nan jauh ni. hehehe..... nanti la ada masa aku snap gambar syafiq dan hadiah dia. tak sempat sebenarnya....nak update blog ni pun kelam kabut jer buat. jadi pelajar semula lah katakan....
to syafiq baihaqi, mama ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG PERTAMA...SAYANGGGG ANAK MAMA"... mama sentiasa doakan syafiq bahagia dunia dan akhirat...
No comments:
Post a Comment