Sunday, February 24, 2008

susahnya nak jadi seorang pendidik....

buat masa ni, ini yg dapat aku katakan. aku sibuk memanjang. tiap-tiap hari, keluar rumah awal pagi, balik dah maghrib. kadang-kadang syafiq pun dah tido. kesian dia, tak dapat pun nak main dengan aku. ni dah hujung bulan 2, ada sebulan jer lagi then semester 1 tamat. ada cuti seminggu. pastu, sambung next semester. assignment banyak dan bertimbun-timbun. tapi tu la cabaran. tak best gak hidup ni kalau takde cabaran. tahun ni, macam2 cabaran yang aku tempuh untuk bergelar pendidik. terpaksa berjimat gilerrr, terpkasa jauh dari suami, tak boleh melayan anak selalu, terpaksa korbankan tidor malam yang enak. even, kalau weken pun, aku tak sempat nak baring sebelah siang. sibuk bantu mak kat rumah. ye la, dah hari-hari mak aku susah payah jaga syafiq dan uruskan rumah, weken aku plak kena buat semua tu untuk ringankan beban mak. mak pun bukannya sihat sangat. usia pun dah nak jangkau 60. bila la aku dapat senangkan hidup mak....aku harap aku, hb n syafiq akan ingat pengorbanan mak yang tak ternilai ni. kalau mak tak tolong, mesti aku susah. mesti aku tak boleh nak belajar dengan tenang macam ni...dan nasib aku baik juga sebab ada kawan yang dah kawen dan ada anak cam aku. at least, kami boleh kongsi suka duka sama-sama. kami sama2 terpaksa berjauhan dengan suami...hehehe...susah juga ek jaga anak kalau takde suami menolong. aku tak boleh harapkan mak selalu. mak pun nak kena banyak rehat.

semalam, syafiq main-main kat rumah. tiba2 jatuh tersembam. bengkak bibir dia sebab kena permainan kat situ. menangis sakan la...panik kejap aku. tapi, kuat semangat anak mama ni. kejap jer nangis, pastu dah main cam biasa walau bibir masih lagi bengkak. tu la hero mama....kena tabah...

Tuesday, February 5, 2008

28 Januari 2008 - SELAMAT HARI LAHIR SYAFIQ BAIHAQI

Dah genap setahun dah usia anak mama. aku masih terbayang-bayang, setahun yg lalu di Hospital Jitra. Aku bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat aku n hubby...contraction sejak 10 mlm sampai ke pagi...sakitnya hanya Allah yang tahu. aku juga masih terasa-rasa kesakitan yang ditanggung. patutlah Allah meletakkan syurga seorang anak di bawah tapak kaki ibunya. begitu besar pengorbanan seorang ibu mengandung dan melahirkan zuriatnya ke dunia.


syafiq baihaqi, gabungan nama yang indah. permata hati mama dan ayah. nama 'syafiq' tu aku yang cadangkan. 'baihaqi' tu mak aku yg bagi. katanya baihaqi tu seorang ulama. mana la tau, berkat nama tu, Allah izinkan anakku jadi ulama pada masa akan datang. tentulah aku orang yang paling bahagia dan bersyukur atas kurniaan tu. sekarang, syafiq dah pandai merangkak. malas jer dia tu...dia lagi suka menjulur sebab lebih laju. mulut pun dah makin banyak bercakap. kejap2 "tatata....", suka ketawa bila diagah...bahagianya aku tengok dia membesar dengan sihat. dia pun dah pandai berdiri sambil pegang, tak boleh lagi berdiri sendiri...;-)


tapi kesian jugak kat dia, tahun ni aku n hb tak buat special celebration pun untuk dia. ye la, sorang kat selangor, sorang kat kedah, ditambah plak dengan bajet yang tidak mengizinkan...aku dan hb cuma akan membeli hadiah jer untuk dia. "siaaannnn anak mama". pak ngah dan mak ngah dia hadiahkan sepasang baju sempena birthday syafiq. terima kasih kak chik n bang chik. ingat juga kat anak sedara nan jauh ni. hehehe..... nanti la ada masa aku snap gambar syafiq dan hadiah dia. tak sempat sebenarnya....nak update blog ni pun kelam kabut jer buat. jadi pelajar semula lah katakan....


to syafiq baihaqi, mama ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG PERTAMA...SAYANGGGG ANAK MAMA"... mama sentiasa doakan syafiq bahagia dunia dan akhirat...