Lamaaaaa sangat aku tak masuk sini. jangan kata nak update, nak menjengah pun xsempat. bukan...xde mood. sepanjang 8 bulan lebih ni, ada perkara penting yang sangat mempengaruhi mood dan emosi aku. satu yang gembira, satu lagi sangat menyedihkan. Apa yang gembira?
Aku dah selamat melahirkan babu boy 31 Julai 2012 yang lalu, di Hospital Selayang, jam 7.25 pagi. Berat baby 2.79kg. Alhamdulillah... syukurrr. kelahiran kali ni pun senang sangat. sakit lebih kurang sejam je. tu pun dalam kereta, on the way ke hospital. sampai hospital, doc dah siap tunggu, terus masuk labour room.. and here we go... terus bersalin saja. Gambar baby? tak sempat nak transfer masuk pc. Baby meragam sepanjang berpantang. Sakit pinggang gue, sebab xboleh nak baring. Asyik menyusu saja dia...huhuhu
Apa yang menyedihkan? pemergian bonda yang sangat aku kasihi, sayangi dan cintai menemui penciptaNya pada 10 Jun 2012, 7.30 malam , sangat memberi kesan pada aku. ye, sebab waktu tu aku mengandung dah 8 bulan. Then, pemergiannya mengejutkan. Minggu tu kebetulan cuti sekolah. So, aku balik kedah hari Ahad. Hari isnin. pegi PMC check pregnancy dan nak book doctor. Cadangnya nak deliver di situ. Selesai, terus pergi ke Jerlun, booking bidan untuk mengurut dan bertungku. Balik rumah petang tu, borak dengan mak. Aku tanya sama ada dia perlu pembantu ke tak untuk jaga aku dalam pantang nanti. Kata mak, xperlu. dia boleh jaga sorang.
Esok paginya, hari selasa, dalam pukul 4.30 pagi lebih kurang, mak bangun untuk solat tahajud. Dia ke bilik air. Waktu tu, dia kena serangan strok, then kami call ambulans. Waktu tu mak masih sedar. Bila doc buat CT scan, dah berlaku pendarahan di kepala. Mak dah xsedarkan diri. Mak koma selama 6 hari. Hari ke-6. mak pergi meninggalkan semua, kembali kepada penciptaNya dengan wajah yang cukup tenang, dikelilingi semua anak dan menantu. Tapi, hati aku sedihhhh sangat.
Tak sangka, tahun lepas Ramadhan dan Syawal terakhir kami bersama. Juga tak sangka, kepulangan aku ke kampung untuk menggembirakan mak, bertukar menjadi kisah duka yang tidak terucap. Perginya seorang ibu, bermakna hilang sedikit keberkatan dalam hidup. Tiada lagi doa yang akan mengiringi kita, tiada lagi tempat untuk kita mencurahkan masalah, tiada lagi sambutan dan masakan enak bila balik ke kampung. Sunyi hati ku, Allah sahaja yang tahu. Terasa sebahagian daripada diri juga turut hilang. Terasa sesak dada mengenangkan pemergian bondaku. Tapi, aku tetap redha dan yakin, Allah lebih sayangkan ibuku.
Berpantang tanpa kehadiran seorang ibu, sangat melelahkan. sebak rasa hati. aku tak tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Tiada lagi orang yang masak makanan untukku berpantang, membakar tungku setiap pagi dan petang, menyediakan air daun untuk mandianku...semuanya terasa kosong, tak bermakna. Cuma, kehadiran permata hati aku yang kedua, wajah comelnya, mengubat kerinduan. Danial Ashraf namanya..
Ya Allah..Semoga roh arwah ibu, dan tak lupa roh arwah ayahku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dikalangan orang-orang yang Engkau cintai dan redhai.Amin.
Alfatihah....