Monday, October 31, 2011

Selamat sampai...

Alhamdulillah...sempena cuti deepavali ni, aku & family pegi bercuti n shopping di Bandung. Bertolak 27/10/11, dan balik pada 30/10/11.  Tempat yang memang terkenal dengan dunia shoppingnya... penat weiii. Jalan kaki tak hengat punya. Dengan anak ku lagi yg buat perangai sebab dah boring tunggu mama dengan ayahnya yang shopping tak habis2...kehkehkeh... takpe, nanti aku akan citer pengalaman di sana. harap dapat jadi panduan buat orang lain. Nantikan ya!!

Monday, October 10, 2011

Ke Shah Alam

Hari ahad aku, hb & along pergi jenjalan ke Shah alam. Saja nak tengok pasar hari ahad kat Stadium Melawati. pasar ni agak besar. Cuma kalau ikut kata hb, pasar ni dulu bnyk jual barang2  yang susah nak jumpa kat tempat lain. tapi, klu sekarang ni cam banyak jual kain baju n makanan jer. Benda yg lain dari yang lain tu ada, cuma dah tak banyak.

Bekfes di pagi hari...cedappp!! Minum bersama kopi panas kawww!!!



Buah tunjuk langit


dah habis jenjalan kat situ, kami makan di seksyen 2, sebelah kolej Meranti & KFC. Gerai makanan banyak kat situ, popular di kalangan pelajar-pelajar UiTM.. Yang specialnya ialah ABC. Menarik wooo.. Komen aku cuma satu, peniaga2 kat situ kalau terbaca, bersihkan lah sikit lantai dan sampah sarap tu. Mencacatkan pemandangan, dan meloyakan tekak kalau di pandang lama-lama. Tu kan kedai makan, bersihkanlahhh, ok!!


Ternampak lukisan ni kat dinding waktu park kete... seni ke contengan? nampak cantik...
Kolej sebelah tempat makan tu

Nyummy!! Harga RM3 tak silap.


Friday, October 7, 2011

Kuala Selangor 2

Kali ni jalan2 kuala selangor, kami panjat bukit melawati...kenapa?? tak percaya?? kihkih...betullll........sumpah...tak tipu. kami panjat, tapi dengan train dia la. kami pegi sblm puasa lagi. aku tak ingat dah berapa rege tix train ni. murah je taw.. kita tengok gambar lak yo....









Wednesday, October 5, 2011

Majlis persaraan pengetua

Bila seseorang tu memang baik dengan kita, melayan kita dengan baik, mengajar kita dengan berhemah, menegur kita dengan bahasa yang sedap didengar, pasti kita akan merasakan kehilangannya. Sedih atas persaraan pengetua sekolah aku. Walau baru je beliau bersama kami lebih kurang 8 bulan, tapi sebab beliau seorang pengetua yang berdedikasi, memang semua orang meraikan beliau. Hadiah sampai penuh 1 kete MyVi....

Tema warna pada hari tu pink putih. semua cikgu pakai baju kaler pink. nampak cantik sangat. masing2 beri kerjasama yang baik buat pengetua yang dikasihi. Hadiah pulak disediakan dalam bentuk hantaran.





Bingkisan dari panitiaku. aku yang gubah ni tau... gigih tak??

wajah yang tenang...sejuk mata memandang

disambut dengan sejambak bunga, silat, kompang

posing yeee... gelombang pink

pasukan koir, berlatih sakan untuk memberikan yang terbaik.

Tuesday, October 4, 2011

Gambar raya 2011..ckit je

blog ni dah melampau2 bersawangnya. serius, aku malas nak update ok...teruk kan? ni pun aku mls nak karang pjg2. so, kita layan gambar jek.. raya tahun ni kedah..memang superb sebab tersangat la meriah.. maklum, mak tok pun dah ramai cucu.






 gambar kat bawah ni pulak sambutan hari raya di tadika along.

malu la tu, asik dok tunduk pegang mata je dari tadi...haish!!



my son, pakai baju kuning yang tersorok kat belakang tu...very shy la this hero...kehkehkeh