Hari ni, 28 Januari 2009, tepat jam 7.40 pagi, genap umur anakku SYAFIQ BAIHAQI 2 tahun. aku snap pic dia pkl 7.40 pagi. masih tido lagi anak mama. mama wish hwppi birthday... tapi mesti sayang tak dengar kan... sedih, sebab baby mama dah besar. dah jadi kid pun. bangun lewat pulak sayang hari ni. dekat pukul 10 baru jaga. malam ni, aku n hb nak pegi celebrate birthday baihaqi.
lama sungguh aku tak update blog ni. macam2 perkara jadi dalam 2 bln ni. aku dah pun selamat berpindah rumah ke rawang. gambar kat bawah ni ialah view dari tingkap rumah aku. cantik kan?
aku mula posting ngajar di selangor, ppd gombak pd 12 jan. lepas. Alhamdulillah, jarak rumah n sek. tak jauh mana. 1st time jejakkan kaki ke sek. mmg menggerunkan. spt biasa, dah nama pun cikgu baru, aku kena ngajar f4 & f5 kls hujung. sek. ni ada 2 sesi. aku ngajar sesi pagi. bila jd cikgu ni, aku rs lbh letih n penat physically n mentally compared to bila aku kejer ofis dulu.
pengetua sek. ni plak lain macam skit perangai. dia xbg ank2 buah dia samb. blajar wpun part time. bg dia, jd cikgu xperlu ada master coz buang duit n masa jer. 3 suku gak mak cik tua ni. kementerian siap provide scholarship utk encourage cikgu2 samb. blajar, dia plak buat polisi yg menyerlahkan kebodohan dan kedengkian dia, mungkin takut ank2 buah dia lbh hebat dari dia. scr peribadi, aku rasa mak cik tua ni tak layak jadi pengetua. mcm2 lg yg dia buat di sek. tu utk pressure guru2. hmmm...ntah la...bila manusia yang busuk hati jadi pemimpin, macam ni lah akibatnya. yang jadi mangsa org2 bawah macam aku ni.
KORBAN DAN AKIKAH
Raya haji yang lepas (Dec 2008), majlis korban dan akikah selamat diadakan di kampung aku kat kedah. akikah ni aku buat share dengan 2 org lagi abg2 ku. aku buat utk baihaqi 2 bahagian, widad (anak chaq) 1 bahagian, dan bang chik buat 2 bhgian utk kedua2 ank perempuan dia iaitu izzah dan aqilah. selebihnya, mak buat korban utk arwah ayah. kiranya, seekor lembu tumbang. tapi, kenduri kami buat sikit jer. banyak yang kami sedekah. terima kasih bebanyak kat bang li n family sebab banyak membantu dan bersusah payah untuk keluarga kami. hari raya pertama, lepas zohor, sembelih lembu. raya kedua baru buat kenduri. ni ada sikit gambar yang aku snap. juga gambar di pagi raya. kalut punya pasal nak g kubur arwah ayah, langsung xsempat nak bergambar 1 family.
pastu, sempat gak aku, kak chaq organise party birthday. ekceli bukan birthday, tp saja nak buat acara makan2 utk semua anak2 sedara kat kampung. parti mengejut. heheheh...tapi best... kak chaq beli sebiji kek secret recipe besar untuk anak2 dia, aku plak beli kek kecik utk baihaqi. kak chik xbeli kek sbb dia baru sj sambut birthday anak dia. tapi, memang best. dalam dok sibuk2 prepare utk kenduri esk, kami bleh makan2 lagi. dah hbs makan, pastu masing2 pakat berjaga, siang daging untuk esok. hahaha...memang meriah bila sesekali sume ahli keluarga aku berkumpul. saat camni yang selalu aku rindu. memang xdapat beli kat mana2 pun. juga aku takkan jumpa kat mana2 pun. bila baihaqi besar skit nanti, dia pun mesti seronok balik kedah. maklum la, sepupu ramai, pastu bapa2 sedara pun mesra2 n ceria jer...havoc laaa....